Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

KELUARGA TERCINTA . .


Monday 13 February 2012

HBML2203 : PEMBESTARIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Huraikan ciri-ciri pedagogi bestari yang perlu diterapkan dalam pengajaran
tersebut.
            


Pembelajaran Berpusatkan Murid

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.




Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid

·         Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
·         Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
·         Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
·         Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
·         Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.
·         Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
·         Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974)  berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal.

Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn  berasaskan prinsip-prinsip berikut :
 
·         Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
·         Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu.
·         Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

Elemen-Elemen Gaya Pembelajaran

Gambarajah berikut mempamerkan elemen-elemen gaya pembelajaran yang dikenal pasti oleh Dunn & Dunn (1974).
Pelbagai Kecerdasan

Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual.
Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :
Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.
Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai
Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk

Jenis-Jenis Kecerdasan
Jenis Kecerdasan
Penerangan
Musical/Rhythmic
Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.
Logical-Mathematical
Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak.
Interpersonal
Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri
Naturalistic
Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci.
Ethical/Spiritual 
Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian.  Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya
Bodily-Kinesthetic
Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.
Visual/Spatial
Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental.
Verbal/Linguistic 
Boleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan.
Intrapersonal
Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri
Penggunaan Perisian Pakej Microsoft Office ‘97/2000

Kementerian Pendidikan Malaysia membekalkan perisian pakej Microsoft Office '97/2000 kepada semua sekolah dan institusi pendidikan. Guru dan murid perlu mempelajari dan menghayati perisian-perisian yang terkandung di dalam pakej tersebut.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah berusaha untuk menyediakan modul-modul pembelajaran Bestari merangkumi kesemua perisian yang terdapat dalam pakej tersebut.
Pengenalan Kepada Windows ‘95/’98

Pengenalan MultiMedia, Networking dan Internet
Tahap ini akan memperkenalkan pengguna kepada asas pembinaan perisian Multimedia mudah. Oleh kerana makmal komputer yang dibekalkan kepada sekolah dan institusi pendidikan adalah dalam bentuk rangkaian, maka tahap ini juga memberi penjelasan kepada konsep sistem rangkaian komputer. Disamping itu, pengguna didedahkan dengan kaedah, peranan serta penggunaan Internet dalam pendidikan.
Penyenggaraan Komputer
Pengguna komputer, khususnya para pengajar (di sekolah dan institusi pendidikan) perlu mempunyai sedikit pengetahuan dalam penyenggaraan mudah sistem komputer, dengan harapan sistem komputer peribadi yang terdapat dalam makmal komputer di sekolah dan di maktab dapat digunakan dengan baik, sempurna dan berterusan.

Pemudahcaraan Bestari

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran fasilitator merupakan guru yang membantu pelajar mencapai matlamat pembelajarannya menerusi aktiviti-aktiviti kumpulan atau individu. Fasilitator bukan sahaja penyampai ilmu dan kemahiran, malahan mereka membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran optimum dengan menggunakan kemahiran fasilitator ('facilitation skills').
Fasilitator bestari dikonseptualisasi sebagai individu yang mempunyai elemen-elemen berikut yang menjadi amalan dalam profesionnya:
Sahsiah    : Mempunyai kualiti personaliti dan kemahiran seperti penyayang, penyabar, berempati, asertif, inovatif, kreatif, kritis, mempunyai visi, fleksibel, kecindan, reseptif, bertaqwa, proaktif, dan berpengalaman..
Profesional: Mempunyai pengetahuan dan kemahiran profesional seperti  kemahiran mengawal disiplin, membahagikan tugas, menunjukcara, berkomunikasi, manipulatif, menilai, memotivasi dan menyelesaikan masalah.
Teknologi: Menggunakan teknologi bagi mengurus pengajaran, khususnya teknologi maklumat dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya.
Di antara ciri-ciri, kualiti personaliti dan kemahiran yang perlu ada pada diri seseorang fasilitator bestari ialah:  Selain itu mereka juga perlu  motivasi, bijak menyelesaikan masalah, interpersonal, kolaboratif, memberi arahan dan teknologi.
 
Teknik-Teknik
Fasilitator berperanan membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.  Semasa  berinteraksi, seseorang fasilitator haruslah memberi peluang dan ruang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya. Bagi mencapai matlamat tersebut seseorang fasilitator perlu menguasai teknik-teknik pemudahcaraan yang berkesan. Di antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah: Attending, Reflecting, Focussing, Thematising, Challenging, Disclosing, Goal Setting, dan Trialling.

Pembelajaran Berdaya Fikir

Pembelajaran Berdaya Fikir merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks. Untuk tujuan ini, guru hendaklah melaksanakan pelbagai strategi yang dapat mencabar pelajar serta memberi peluang kepada mereka berfikir secara aktif.  Cara guru mewujudkan pembelajaran berdaya fikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat kita kesan dalam salah satu daripada senario-senario di bawah.
Senario manakah yang memperlihatkan pembelajaran berdaya fikir?
Senario A
 

Cikgu Ali sedang mengajar pelajaran kesusasteraan di Kelas 4A.Beliau inginkan pelajar-pelajarnya membuat ramalan tentang akibat beberapa peristiwa dalam cerpen yang baru dibaca.Beliau telah menyediakan beberapa soalan yang boleh merangsang pemikiran pelajar-pelajarnya.
 
Cikgu Ali mengemukakan soalan pertama kepada kelasnya dan terus meminta Aminah menjawab soalan itu.Keadaan agak sepi seketika.Tanpa sabar, beliau mengutarakan soalan kepada Beng, pelajar lelakinya yang sering memberikan jawapan yang ‘baik’.Sebagaimana dijangkakan, Beng telah memberikan jawapan yang amat menarik dan Cikgu Ali segera mengesahkan jawapan tersebut.Selepas itu, beliau terus beralih kepada soalan selanjutnya dan meminta pelajar-pelajar yang difikirkan dapat memberikan jawapan untuk menjawabnya, serta tanpa membuang masa terus menyelesaikan soalan-soalan yang disediakan.
Senario B 
Cikgu Ahmad sedang mengajar pelajaran kesusasteraan di Kelas 4B. Beliau inginkan pelajar-pelajarnya membuat ramalan tentang akibat beberapa peristiwa dalam cerpen yang baru dibaca. Beliau telah menyediakan beberapa soalan yang merangsang pemikiran untuk membimbing mereka.
Cikgu Ahmad mengemukakan soalan pertama kepada kelasnya dan menunggu dengan tenang.Beliau memerhatikan muka pelajar-pelajarnya untuk menentukan tanda-tanda mereka faham, sambil membuat kiraan sepuluh di dalam hati.Beliau melihat Hassan mengangkat tangan dengan pantas, tetapi tidak memanggilnya secara terburu-buru.Perlahan-lahan kelihatan lebih ramai pelajar mengangkat tangan.Selepas itu, beliau memanggil seorang demi seorang.Beliau menerima seberapa banyak respon bagi setiap soalan tanpa menghakiminya.Kadang-kala, beliau menjawab, “Ya” atau ‘uh-huh’ dan menganggukkan kepala.Apabila seorang pelajar bertanya kepadanya : ”Adakah jawapan itu baik?”.Cikgu Ahmad akan bertanya kepadanya: “Apakah pendapat anda?”
Jawapan:  Senario B. Dalam senario ini, Cikgu Ahmad telah mengamalkan beberapa strategi yang mengalakkan pelajar-pelajarnya berfikir secara aktif. Contohnya, Cikgu Ahmad mengambil masa menunggu respon daripda pelajar dan menerima pelbagai respon yang diberi oleh pelajar tanpa membuat tanggapan nilai.




Strategi Guru

Guru hendaklah menyebatikan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif dalam proses pengajaran & pembelajaran.
·         menfokuskan pelajar terhadap tugasan yang dijalankan.
·         mengemukakan soalan terbuka
·         mengemukakan soalan lanjutan
·         mengambil masa menunggu respon daripada pelajar.
·         menerima pelbagai respon daripada pelajar.
·         menggalakan interaksi di kalangan pelajar.
·         mengelakkan daripada memberi pandangan atau tanggapan nilai terhadap respon pelajar.
·         mengelakkan daripada mengulangi respon pelajar.
·         meminta pelajar membuat refleksi terhadap cara dan proses mereka berfikir

Perlakuan Pelajar
Pelajar hendaklah
·         melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
·         mengambil masa yang cukup untuk berfikir tentang tugasan yang diberi.
·         terus berusaha menyelesaikan tugasan meski pun sukar.
·         memberi justifikasi kepada jawapan yang diberi
·         memberi pelbagai respon kepada satu soalan.
·         mengemukakan soalan yang memerlukan pemikiran pada tahap complex tentang apa dipelajari
·         menggunakan perbendaharaan kata yang tepat dan spesifik dalam respon mereka.
·         mendengar dengan terliti apa yang direspon oleh pelajar lain.  memikirkan apa yang difikir.











 

Soalan 2
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi melaksanakan strategi tersebut?
     
                                                                                                                                   (10 markah)

Strategi yang dipilih ialah strategi Kontekstual.

Langkah-langkah Pengajarannya adalah seperti berikut.


Langkah 1



Melafazkan ayat mudah


Ø Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan

Ø Setiap kumpulan menyanyikan lagu dengan nada dan sebutan yang betul

Ø Guru menyoal untuk meneguhkan pemahaman murid.



Kemahiran TMK

Kecerdasan Pelbagai (Muzik)

Kemahiran Belajar

Mod Komunikasi

Mod Sokongan



Langkah  2








Morfologi
Ø  Kata Nama Khas

Morfologi
(kata nama am)

Ø  Murid diminta memerhatikan powerpoint yang ditunjukkan.

Ø  Guru menunjukkan gambar tunggal

Yang mempunyai kata nama khas, Badrul, Sarah, Zaki, Rokiah, Mira dan Kamal.

Ø  Guru juga menunjukkan kata nama am seperti ayah, ibu, adik, kakak dan abang.

Ø  Guru memperdengarkan perihal keluarga Badrul

Ø  Pelajar mengulang cerita yang disampaikan oleh guru

Ø  Guru menerangkan tentang kata nama khas dan kata nama am yang melibatkan orang.


Kemahiran TMK


Kemahiran

Pemudahcaraan


Mod Aplikasi







Kemahiran Belajar


Langkah  3


Kata nama am
Kakak, abang ,adik, ibu, ayah

Ø Murid melihat paparan soalan menggunakan LCD  yang ditayangkan oleh guru.

Ø Ketua kumpulan diminta menjawab soalan yang dipaparkan

Ø Guru memurnikan jawapan murid.


Kemahiran TMK



Kemahiran
Pemudahcaraan

Kemahiran Belajar


Langkah  4




Kata nama khas
Badrul, Zaki, Sarah, Rokiah

Ø Murid melihat paparan petikan pada 
      skrin LCD

Ø Setiap murid menyenaraikan kata    
      nama khas yang terdapat dalam
      petikan

Ø  murid memberikan kata nama khas lain dengan merujuk kepada fakta yang telah dipelajari sebelumnya

Ø Guru memurnikan jawapan murid.


Mod Penerokaan


Mod Komunikasi





Berdasarkan prosedur pelaksanaan strategi kontekstual dalam P & P yang telah diberikan, jelas menunjukkan bahawa dalam pelaksanaan pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut yang boleh diringkaskan sebagai “REACT”
R – Relating iaitu menghubungkait pengetahuan baru dengan pengalaman harian

E – Experiencing iaitu mengalami supaya murid boleh menemui, meneroka dan mencipta sesuatu yang baru

A – Applying – iaitu mengaplikasikan konsep atau maklumat yang telah dipelajari dalam situasi lain contohnya keadaan yang memerlukan

C – Cooperating iaitu bekerjasama

T – Transferring iaitu murid meindahkan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan pengalaman baru.
















 

Soalan 3
Bagaimanakah perisian kursus bersifat interaktif dapat membantu pengajaran di sekolah bestari ? Berikan contoh yang berkaitan bagi satu tajuk (misalnya Penjodoh Bilangan, Peribahasa, Penggolongan Kata, Pengimbuhan dan sebagainya dalam subjek bahasa Melayu
     
                                                                                                                                   (10 markah)

CD Interaktif
Tajuk : Keluarga Yang Ceria
Kandungan : Lagu Ibu Ayah, Petikan Keluarga Ceria, kata nama khas, kata nama am, latihan sistem bahasa




















PERISIAN KURSUS BERSIFAT INTERAKTIF

Perisian kursus bersifat interaktif  mampu melonjakkan kualiti  P & P ke tahap yang lebih berkualiti. Selain itu juga, perisian yang menarik bukan sahaja memaksimumkan kepuasan guru, malah mengoptimumkan penglibatan pelajar dalam memahami isi-isi pelajaran yang disampaikan. Ia juga mampu menggilap dan mengukuhkan potensi insan yang sedia ada untuk kesejahteraan masyarakat dan Negara. Perisian yang bersifat interaktif yang mana ICT merupakan prasarana tambahan untuk membantu proses penggilapan diri individu.


Dalam perisisan interaktif keluarga ceria ini, pelajar-pelajar diajar oleh guru menyanyi lagu sayang umi ayah. Melalui langkah pengajaran berkenaan, guru menggunakan kemahiran TMK yang menggabungkan audio dan visual. Penggabungan audio dan visual mampu meningkatkan minta pelajar dan mengekalkan tumpuan dalam kelas.

Bagi mengaplikasikan strategi kontekstual, pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan berkerjsama antara satu dengan yang lain menyanyikan lagu yang telah diajar oleh guru. Melalui langkah dan yang diaplikasi menggunakan perisian ini, pelajar dapat menerokai isi pelajaran melalui pemudahcaraan guru dan juga kerjasama antara satu dengan lain.









 











Perisian seterusnya memaparkan kata nama am am seperti ayah dan kata nama khas contohnya Zaki. Guru juga memaparkan tentang keluarga Badrul dan memperdengarkan perihal keluarga Badrul. Melalui langkah ini, pelajar akan dapat melihat dengan jelas tentang kata nama am dan kata nama khas. Pelajar juga belajar kemahiran belajar apabila diarah oleh guru untuk menceritakan semula perihal keluarga Badrul.

Pembelajaran kontekstual berlaku semasa pelajar menceritakan tentang keluarga Badrul kerana dengan sendirinya, penceritaan tersebut berkait rapat dengan pengalaman lalu iaitu pengalaman bersama keluarga masing-masing.






Pembelajaran deduktif juga berlaku apabila guru menerangkan konsep kata nama am dan kata nama khas selepas pelajar melihat paparan dan contoh-contoh yang diberikan melalui perisian ini.

                                                                      

Langkah  seterusnya pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menentukan lima pilihan jawapan. Dalam aktiviti ini, pelajar menggunakan pengetahuan yang baru diperoleh melalui penerangan guru. Kerjasama antara pelajar dapat dipupuk. Inilah strategi kontekstual yang mampu mencungkil bakat kepimpinan pelajar melalui perbincangan dalam kumpulan. Guru sebagai fasilitator berperanan membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.  Semasa  berinteraksi, seseorang guru  memberi peluang dan ruang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya. Bagi mencapai matlamat tersebut guru  perlu menguasai teknik-teknik pemudahcaraan yang berkesan. Di antara teknik-teknik yang digunakan ialah: Attending, Reflecting, Focussing, Thematising, Challenging, Disclosing, Goal Setting, dan Trialling. Pelajar juga menjawab latihan secara individu bagi mengukur tahap pemahaman terhadap topik yang diajar.




Akhirnya, bagi mengukuhkan pemahaman dan penanaman nilai, sekali lagi pelajar menyanyikan lagu saying umi ayah di akhir sesi P & P. Pelajar dapat menghayati muzik dan irama yang merupakan salah satu daripada elemen kecerdasan pelbagai yang juga merupakan salah satu mod pembelajaran Bestari.

Kesimpulannya. perisian yang bersifat interaktif  telah banyak membantu dalam usaha memartabatkan bidang keilmuan dalam pendidikan sekaligus menaikkan martabat guru dan pelajar ke satu tingkat yang lebih dihormati dan berdaya maju.




Untuk memudahkan penggunaan perisian dalam CD interaktif yang dibekalkan dalam tugasan ini maka seterusnya diberikan Rancangan Pengajaran Harian Bestari yang lengkap agar strategi P & P dan mod-mod yang digunakan dapat dilihat dengan jelas.

Rancangan Mengajar Harian Bestari

Tahun                         : 6 Inisiatif
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tajuk Pelajaran           : Keluarga Ceria
Tarikh                         : 1 Mac 2010 
Jangka Masa               : 60 Minit
BilanganMurid           : 30 Orang                             

Hasil Pembelajaran     : Pada akhir P&P murid akan dapat:

1.      Menceritakan sesuatu yang didengar berdasarkan maklumat dengan sebutan dan intonasi yang betul
2.      Mengisi dan menyenaraikan tempat kosong dengan kata nama khas dan kata nama am yang betul

Bahan Bantu Mengajar : Lap top, Projektor LCD, Perisian PowerPoint,

Elemen Pengurusan
Pembelajaran Bestari :           1.Kemahiran Generik (Kemahiran TMK,Kemahiran Pembudahcaraan,
   Kemahiran Belajar)

2.Ciri-ciri Pelajar Model VAK,kecerdasan Pelbagai)

3.Pendekatan Pembelajaran (Pembelajaran Berbantukan Teknologi,Pembelajaran Bersifat Individu)

4.Strategi P&P (Kontekstual)

Pengintegerasian ICT             :Mod Toturial , Mod aplikasi , dan Mod  Kumunikasi

Pengetahuan Sedia Ada         :Pelajar pernah dan biasa berbual tentang hal keluarga mereka

Penerapan Nilai                      : Bekerjasama

Gabungjalin                            : Pendidikan Muzik

Sistem Bahasa                                    : Morfologi (kata nama am dan kata nama khas)


Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Tayangngan Powerpoint Lirik dan Lagu

Ø Guru menayangkan lirik lagu dan memperdengarkan lagu Sayang Ibu Ayah

Ø Murid diminta memerhati dan mendengar lagu tersebut.

Ø Guru mengajar murid menyanyikan lagu


Kemahiran TMK


Kemahiran
Pemudahcaraan

Mod tutorial



Langkah 1

(10 minit)

Melafazkan ayat mudah


Ø Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan

Ø Setiap kumpulan menyanyikan lagu dengan nada dan sebutan yang betul

Ø Guru menyoal untuk meneguhkan pemahaman murid.



Kemahiran TMK

Kecerdasan Pelbagai (Muzik)

Kemahiran Belajar

Mod Komunikasi

Mod Sokongan



Langkah  2
(15 minit)








Morfologi
Ø  Kata Nama Khas

Morfologi
(kata nama am)



Yang mempunyai kata nama khas, Badrul, Sarah, Zaki, Rokiah, Mira dan Kamal.

Ø  Guru juga menunjukkan kata nama am seperti ayah, ibu, adik, kakak dan abang.

Ø  Guru memperdengarkan perihal keluarga Badrul

Ø  Pelajar mengulang cerita yang disampaikan oleh guru

Ø  Guru menerangkan tentang kata nama khas dan kata nama am yang melibatkan orang.


Kemahiran TMK


Kemahiran

Pemudahcaraan


Mod Aplikasi







Kemahiran Belajar


Langkah  3
(10 minit)

Kata nama am
Kakak, abang ,adik, ibu, ayah

Ø Murid melihat paparan soalan menggunakan LCD  yang ditayangkan oleh guru.

Ø Ketua kumpulan diminta menjawab soalan yang dipaparkan

Ø Guru memurnikan jawapan murid.


Kemahiran TMK



Kemahiran
Pemudahcaraan

Kemahiran Belajar


Langkah  4
(15 minit)



Kata nama khas
Badrul, Zaki, Sarah, Rokiah

Ø Murid melihat paparan petikan pada 
      skrin LCD

Ø Setiap murid menyenaraikan kata    
      nama khas yang terdapat dalam
      petikan

Ø  murid memberikan kata nama khas lain dengan merujuk kepada fakta yang telah dipelajari sebelumnya

Ø Guru memurnikan jawapan murid.


Mod Penerokaan


Mod Komunikasi



Penutup
(5 minit)

Penerapan nilai-nilai murni



Ø Murid ditayangkan semula
Lagu Sayang ibu ayah dan menyanyi beramai-ramai

Ø Murid diterapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu


Nilai:

Bertanggung
Jawab

Mod Komunikasi

Refleksi :

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Rujukan

Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Hj. Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman & Elly Chong. (1992). Kemahiran Membaca Dalam Asas   Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 5 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Nasar Sukor, Zainal Arifin Yusof, Kamarudin Jeon, Khadijah Yusuf. (2007). Bahasa Malaysia Tahun 5 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nasar Sukor, Zainal Arifin Yusof, Kamarudin Jeon, Khadijah Yusuf. (2007). Bahasa Malaysia Tahun 5 Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

No comments:

Post a Comment