Assalamualaikum WBT
Pengerusi majlis saya hormati,
Panel hakim pa….ksi keadilan,
Sidang hadirin yang dikasihi
‘Kehidupan Nabi Musa di istana’ tajuk pilihan.
Na...bi Musa, dilahirkan, ketika Firaun memerintahkan. agar anak lela...ki dibunuh. Bondanya Yukabad, dan ayahandanya Imran, amat ta…kut dan bimbang. Allah SWT, lalu memberi wahyu, agar menghanyutkan Nabi Musa…. ke Sungai Nil.
Maksudnya ; Apabila kamu khuatir terhadapnya, maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil).
Surah Al-Qasas ; ayat 7.
Takdir Allah… telah mempertemukan Nabi Musa… dengan Asiah… isteri Firaun, lalu… dibawanya pulang ke istana.
Ka….wan-kawan,
Kita… hendaklah bertawakkal kepada Allah, apabila…. ditimpa musibah.
Anak-anak, pe….rlu diberi perhatian, agar mereka, tidak menjadi mangsa, oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, seperti kes yang berlaku, ke atas Nurin Jazlin, dan Sharlini.
Kawan-ka…wan yang dihormati,
Apabila sampai di istana, Firaun... amat marah.
“Bunuh bayi itu !” kata Firaun, dengan angkuhnya.
“Janganlah kanda bunuh bayi ini…” Asiah merayu kepada suaminya.
“Ah…!!!!aku bimbang, dia akan membinasakan, kerajaan kita, yang hebat ini” Firaun tetap berdegil.
Asiah terus mohon simpati,
Agar suaminya terbuka hati,
Akhirnya Musa telah diterima,
Hiduplah baginda bebas di istana… *NASYID
Kawan-kawan…akhirnya… Firaun telah membenarkan... Nabi Musa…. dipelihara oleh isterinya.
Maksudnya ; (Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu, janganlah kamu membunuhnya.
Al-Qasas ; ayat 9.
Ha…ri ini, masih ramai, mereka yang tidak bertanggung jawab, dan sanggup membunuh anak sendiri. Ki…ta hendaklah menyayangi, dan mengasihi… anak-anak kecil.
Musa menangis tidak berhenti,
Ibu susuan Asiah mencari,
Akhirnya Yukabad menawarkan diri,
Untuk menyusu anak sendiri. *SYAIR
Kekuasaan Allah…. telah mengatasi segala-galanya.
Firaun telah membenarkan agar Musa, disusui oleh Yukabad, sedangkan Firaun tidak tahu, bahawa Yukabad…. adalah ibu kandung Nabi Musa a.s.
Maksudnya : Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya.
Surah Al-Qasas : ayat 13.
Pa…da masa sekarang, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah menggalakkan... agar bayi disusui.... oleh ibu kandung sendiri, Te....ntu….ikatan kemesraan, akan bertambah kukuh, antara anak dengan ibu dan sebaliknya.
Kawan-kawan..... yang disayangi,
Hari... berganti... hari....,
Tahun.... bergant.... tahun....,
Musa.... telah.... dewasa.....,
Baginda dididik.... oleh.... sarjana terkemuka.
Ilmu Matematik.... dikuasai,
Ilmu pembangunan..... dimiliki,
Kimia dan bahasa.... dalam genggaman.
Cahaya keimanan..... dianugerahi Tuhan. *SAJAK
Walau...pun Nabi Musa...., hidup di bawah, tetapi baginda..., membesar dalam asuhan, didikan dan bimbingan.... yang sempurna.
Prinsip Islam Hadhari... menyuruh kita…. menguasai ilmu pengetahuan. O…leh itu, kita mesti belajar…. bersungguh-sungguh… agar menjadi… orang yang pandai. Ingat ya…
Sabda Rasulullah SAW ;
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Hadith Riwayat Ibnu Majah.
Sekian. WBT.