Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

KELUARGA TERCINTA . .


Sunday 1 April 2012

PENGIRAAN GAJI BARU SSM (NEW)

 Anda mahu buat pengiraan gaji ssm 2012 ?
Layari Link di bawah....kira sendiri gaji baru anda


PENGIRAAN GAJI BARU SSM 2012

Wednesday 28 March 2012

Saturday 10 March 2012

Monday 5 March 2012

LAW KANA BAI NANA

 Andai Rasulullah S.A.W ada bersama kita....download dan hayati lagu ini. Moga cinta kita bertambah kepada Baginda Rasul S.A.W

http://www.mediafire.com/file/bnw43g7abjmt6ca/LAW KANA BAINANA - AMIN AL HADI - YouTube.flv

Sunday 4 March 2012

HANGAT - PERJUMPAAN PM DENGAN CUEPACS 8 MAC

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

 Soalan Seni Dalam Pendidikan (dengan jawapan lengkap) - download dulu ya....

http://downloads.ziddu.com/downloadfiles/9465960/HBEF1403SENIDALAMPENDIDIKAN.pdf

Friday 2 March 2012

KAKITANGAN AWAM : KENAIKAN GAJI RM700 - RM2500...SBPA SELEPAS SEMAKAN

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54
(RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar
tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah
lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa
berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang
di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam
SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs
lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan
jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan
gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan
disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu
ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

HBSS1103 PENGENALAN KAJIAN SOSIAL

SET 1
Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejati dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
Pengertian Konstruktivisme
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, institusi pendidikan guru dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
Prinsip-prinsip Kontstruktivisme
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar.
Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:
  1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
  2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.
  3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.
  4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
  5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
  6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
  7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
  8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.
  9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.
  10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
  11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.
  12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.

Ciri-ciri Pengajaran & Pembelajaran Konstruktivisme
Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:
bullet
Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan
bullet
Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistem
bullet
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara
bullet
Aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-, kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.
bullet
Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran
bullet
Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar
bullet
Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenar
bullet
Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan
bullet
Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial.
bullet
Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasa
bullet
Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan
bullet
Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu
bullet
Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya
bullet
Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.
bullet
Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplin
bullet
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada pandangan alternatif
bullet
Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had kebolehannya

SET 2

Pendahuluan

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah  diberipenekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan  pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka.

Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya (Atan Long, 1982). Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang
pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj.
Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep ‘pengajaran guru dan pembelajaran murid’ menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti  pelajaran yang disampaikan.
Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-ciri sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana bidang sains. Tambah beliau lagi, proses ini juga dianggap pengajaran guru yang berkesan sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih
menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru. Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempuranaan proses pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan . Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan keberkesanan sistem pendidikan semasa
melalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dalam akademik dan pembangunan insan.

Ke arah Pembelajaran Efektif/Berkesan

Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek mahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan untuk menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa. Justeru, pendidikan masa kini perlu kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patut disalurkan kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajaran khususnya dalam bilik darjah menjadi asas pencapaian kecemerlangan akademik buat para pelajar. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran menjadi elemen terpenting bagi mencapai keberkesanan isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran berkesan akan hanya dicapai menerusi pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian oleh seorang guru untuk mencapai objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini melibatkan kemahiran serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yang disampaikan.
Persediaan mantap berkaitan kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru membolehkannya menjalankan proses P&P dengan penuh keyakinan dan semangat tinggi. Dengan demikian, guru akan dapat memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran bersturktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan.

Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen guru sepenuhnya. Ia melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P bilik darjah. Langkah awal dalam membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan menilai pertindanan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif proses P&P. Guru seharusnya memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi pelajaran agar membuka minda dan minat pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaran yang melibatkan tindak balas positif dan tingkah laku aktif para pelajar. Selain itu, interaksi sosial guru dan pelajar merupakan sebahagian daripada beberapa faktor ke arah keberkesanan pengajaran. Hubungan dua hala (guru-pelajar) yang baik perlu diwujudkan oleh setiap guru agar masalah berkaitan pelajar dapat diselesaikan seterusnya para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses P&P. Adalah menjadi keutamaan dalam proses pengajaran untuk mengelakkan daripada berlakunya penyertaan pasif dikalangan pelajar disebabkan kurangnya perhatian dan fokus serta ketidakselesaan  mereka semasa mengikuti proses P&P. justeru, guru berperanan memberikan motivasi agar para pelajar dapat mengikuti segala maklumat pengetahuan yang disampaikan sepenuhnya. Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran
turut menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982) bahawa sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan dengan isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka. Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yang dapat menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar. Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti mahupun penggunaan teknologi masakini menjadi asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran berkesan. Seterusnya hal ini akan menjadikan proses P&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada pencapaian kecemerlangan para pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada.

Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkat usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi pengkomputeraan dalam proses pengajaran sememangnya member implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang, Y.K Yap dan Y.M. Tam, 1992). Jelas bahawa penggunaan komputer secara meluas telah memudahkan kerja-kerja mentadbir dan mengurus bahkan sebagai instrumen yang dapat membantu ke arah
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point, internet, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang . justeru, kebolehan guru  dalam men gaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahauan dikalangan mereka.

Kecenderungan penggunaan teknologi penkomputeran dalam pendidikan telah mewujudakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Ia juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI). Sistem ini telah mewujudkan inovasi dalam proses P&P dikalangan guru dan pelajar. Pengajaran berasaskan  sistem ini adalah dalam bentuk tutorial elektronik, latih tubi, simulasi dan penilaian pengetahuan pelajar seperti kuiz dan sebagainya. Pembentukan sistem pembelajaran seperti ini melibatkan perkakasan-perkakasan teknologi komputer seperti bahan kursus dan perisian. Bahan kursus adalah hasil dariapada perancangan isi dan strategi PBK berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulan sasaran yang telah dipindahkan (diprogramkan) dalam bentuk yang dapat difahami komputer. Manakala perisian pula adalah sesuatu aturcara yang mengandungi arahan-arahan untuk melaksanakan sesuatu tugasan pada komputer berdasarkan permintaan pengguna.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati 92.5% daripada 40 orang guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Bentong, Pahang bersetuju bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran sejarah. Hal ini menunjukkan peggunaan komputer bukan sahaja berdasarkan kelebihan internet, malahan dalam proses pengajaran yang menggunakan aplikasi teknologi komputer dapat menggabungkan elemen-elemen teks, grafik/visual, audio, video dan animasi untuk membolehkan proses pengajaran menjadi lebih kreatif dan hidup. Di samping itu, terdapat juga sistem yang melibatkan penggunaan teknologi computer dalam proses pengajaran. Pembelajaran Diuruskan Komputer (PDK) atau Computer Managed Instruction (CMI) berperanan dalam menguruskan hal-hal pengajaran. Ini merujuk kepada penggunaan komputer yang membantu guru memainkan peranan sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, komputer bertindak dalam mengawal (monitors) pembelajaran dan kemajuan pelajar dengan mentadbirkan pelajaran serta ujian berasaskan komputer, menyimpan rekod pencapaian dan menjanakan laporan prestasi mereka untuk rujukan guru dan pelajar itu sendiri. Oleh itu, sistem ini telah member kemudahan dalam mengorganisasi pengurusan pelajar seterusnya menjadikan proses P&P lebih sistematik dan efisien. Kepesatan dan perkembangan teknologi komputer menerusi jaringan tanpa sempadan (internet) juga memberi manfaat bagi menambahkan lagi sumber-sumber maklumat pengetahuan. Menerusi teknologi jalur lebar ini pelbagai disiplin ilmu telah dimuatkan untuk memudahkan pengaksesaan di merata tempat. Secara langsung, para guru yang dapat mengaplikasikan kemudahan ini akan dapat memperkenalkan pelajar-pelajarnya menerokai maklumat-maklumat terkini yand dapat diterapkan dalam isi pelajaran yang ingin
disampaikan. Kemajuan teknologi komputer pada era kini sebagai wahana proses P&P dapat
mempertingkatkan dan memperkembang proses pengajaran yang berkesan ke arah membentuk generasi celik minda dan penguasaan terhadap kandungan pelajaran.

Menjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi pelajaran menjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatari keceriaan dan keharmonian proses pengajaran menjadi pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang telah dirancangkan. Sehubungan itu, guru sebagai individu persuatif kepada pelajar memainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses P&P yang mampu memberi daya tarikan di kalangan para pelajar. Tegasnya, kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru yang ditunjangi daya kreativiti menjadi asas utama berhubung isu ini.

Kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individuindividu
kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan satu bentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan sebagai satu wadah pembelajaran yang memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru, adanya daya kreativiti bagi seorang guru yang dapat disesuaikan dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan meransang penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Fromm (1959) mengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang yang selalu melihat kepada yang baru. Oleh itu , individu seperti ini akan memperlihatkan sifat kedinamikan dalam setiap tingkah laku dan juga pemikirannya. Dalam konteks keguruan kreativiti berperanan sebagai momentum yang akan menghasilkan satu proses pengajaran berkesan seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan akademik pelajar. Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan Kreativiti bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik. Para guru yang memiliki daya kreatif seringkali mendatangkan banyak idea baru selain dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya daya kreativiti ini dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka proses pembelajaran pelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum. Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan kreatif oleh seorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya,
kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana pembelajaran
yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telah mereka pelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung menanam nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka.

Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubungan dua hala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak balas (respons) daripada kedua-dua pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik darjah berperanan sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh para pelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru yang melibatkan gabungan kreativiti dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons pelajarnya. Selain itu, Komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar akan mewujudkan kemesraan yang memberi kesenangan dalam proses pembelajaran sekaligus memberi input pengetahuan bermanfaat bagi para pelajar. Justeru, guru sewajarnya memberi penekanan terhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah proses pendidikan melalui peningkatan dan perkembangan hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya.
Kreativiti dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang guru terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasi pelajar ke arah membentuk kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar, bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan. Oleh demikian, teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang guru bagi menguruskan hal ini.

Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti pelajar. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan pelajar agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal. Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses P&P dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada para pelajar. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa. Misalnya, dalam matapelajaran sains yang membincangkan berkenaan biologi, guru dapat mengaitkan konsep biologi tersebut dengan teknologi pengklonan yang telah dijalankan oleh beberapa negara maju di dunia dan menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat. Secara tidak langsung perkaitan seperti ini akan menjadikan para pelajar terus menerokai secara mendalam lagi berkenaan isi pelajaran yang
disampaikan.


Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses P&P bergantung kepada keupayaan kreativiti mereka dalam mempelbagaikan corak penyampain isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan pelajar dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan.

Kesimpulan

Keberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang sangat penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usahausaha ke arah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi pengkomputeran.











SET 3

Bil
Fasa
Tujuan
Pelaksanaan/
Kaedah Dalam Kelas
1
Orientasi
Menimbulkan minat dan menyediakan suasana
Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar
2
Pencetusan Idea
Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu
Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan
3
Penstrukturan Idea
Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.
Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri
Menguji kesahan idea-idea sedia ada
Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea
Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina
Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan

Perbincangan, pembacaan, input guru.
Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru

4
Penggunaan Idea
Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa
Penulisan sendiri kerja projek
5
Renungan Kembali
Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.
Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.


SET 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Tarikh                 :
Masa                   :        60 minit
Tema                  :        Geografi Fizikal
Topik                  :        Bentuk Muka Bumi
Subtopik             :        Kepentingan Bentuk Muka Bumi
Tahun                 :        5

Hasil Pembelajaran:     Pada akhir pembelajaran  murid dapat:
1.      Menyenaraikan bentuk muka bumi Malaysia
2.      Menerangkan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia
3.      Menjelaskan kepentingan bentuk muka bumi kepada ekonomi Malaysia

Isi pelajaran:
Mengenal Negara Kita
3.2 Geografi Fizikal
a. Bentuk muka bumi
            i.   Pelbagai bentuk muka bumi negara Malaysia
            ii.  Kepentingan bentuk muka bumi

Pengetahuan Sedia Ada:
1.      Murid berpengalaman melawat tempat pelancongan seperti Port Dikson, Cameron Highland, Pulau Langkawi dan sebagainya.
2.      Murid mengetahui tempat tanah tinggi, tanah pamah, sungai, pinggir laut dan kepulauan.


Penerapan Nilai Murni:
Kesyukuran, kerjasama, hormat-menghormati, berani, yakin, berbangga, menghargai

Unsur-unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia.
Menyedari kepentingan bentuk muka bumi terhadap ekonomi negara

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):
Bil
SUMBER
KUANTITI
1.
Silang kata
18 helai
2.
Laptop dan LCD
sebuah
3.
Lembaran kerja
18 helai

Prosedur Pelaksanaan
Elemen Pembelajaran Bestari
Catatan
Set Induksi / Masa 5 minit

1.      Murid diminta melihat tayangan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia
2.      Murid diminta menyenaraikan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia dan kepentingannya.
3.      Jawapan murid dikaitan dengan tajuk hari ini.

TKP: Linguistik, naturalis


KBKK: kaedah konstruktivisme, menghubungkait
Sumber :
Laptop, VCD

Nilai :
Bersyukur


Langkah 1 / Masa 20 minit
Murid-murid diminta melayari internet dan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berkatitan dengan  topik pelajaran hari ini.

KBKK: kaedah konstruktivisme, menghubungkait
Verbal - linguistik


Sumber :
Komputer, Akses Internet


Nilai :
Yakin, menghargai
Langkah 2/Masa 20 minit
1.      Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2.      Guru menugaskan tiap-tiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang  dan dengan ahli-ahli kumpulannya mengenai kepentingan bentuk muka bumi
3.      Tiap-tiap kumpulan dibahagikan kepada tajuk yang berlainan, iaitu:

Kumpulan 1
Menamakan kawasan tanah tinggi dan kepentingannya terhadap ekonomi Negara.

Kumpulan 2
Menamakan kawasan tanah pamah dan kepentingannya terhadap ekonomi Negara.

Kumpulan 3
Menamakan kawasan saliran dan kepentingannya terhadap ekonomi Negara.

Kumpulan 4
Menamakan kawasan pinggir laut dan pulau dan kepentingannya terhadap ekonomi Negara.

Guru meminta kumpulan tersebut mencatat maklumat dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru seperti dibawah:
Bil
Bentuk Muka Bumi
Kepentingan
Contoh

Kawasan
1.
Tanah Tinggi


2.
Tanah Pamah


3.
Sungai


4.
Pinggir Laut dan Pulau




4.      Guru memberi masa perbincangan dalam kumpulan selama 10 minit.
5.      Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
6.      Guru memantau hasil pembentangan murid dan memberikan penerangan lanjut tentang hasil bentuk muka bumi Malaysia.

Pembelajaran Koperatif
Strategi: Perbincangan

TKP – Interpersonal, Intrapersonal,
Verbal - linguistik
Sumber :
Buku teks, Buku rujukan, maklumat daripada internet

Nilai :
Bekerjasama, hormat- menghormati.
Langkah 3/ Masa 15 minit

Murid  secara rawak dipilih untuk  merumuskan topik pelajaran dan mengemukakan idea-idea baru hasil melayari internet dan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain dengan mengimbas kembali kepentingan bentuk muka bumi Malaysia

KBKK: Kemahiran merumus


Sumber :
Laptop, LCD Projektor,


Nilai :
Yakin, berani
Penutup/ Masa 5 minit
1.      Guru memberi lembaran kerja yang mempunyai teka silang kata kepada semua murid.
2.      Murid diminta melengkapkan silang kata ini dalam masa 5 minit.
3.      Murid-murid boleh berbincang dengan kawan menyelesaikan kerja ini.
4.      Selepas 5 minit, guru akan memberhentikan aktiviti pemainan ini.
5.      Murid-murid dikehendaki menyerahkan kertas silang kata ini kepada guru.
6.      Guru akan mengumumkan keputusan pertandingan.
7.      Guru akan membincangkan jawapan yang betul dengan murid-murid bagi silang kata ini.

Strategi: Permainan

TPK: Linguistik, Interpersonal
Sumber :
Lembaran Teka Silangkata

Nilai :
Yakin, berani, berbangga, bersyukur dan menghargai

Catatan / Refleksi:




Contoh lembaran kerja: kepentingan bentuk muka bumi.
Bil
Bentuk Muka Bumi
Kepentingan
Contoh Kawasan
1.
Tanah Tinggi
1. Menjana kuasa hidroelektrik
2. Pelancongan
3. Pertanian
1. Empangan Batang Ali di Sarawak.
2. Tanah Tinggi Genting di Pahang.
3. Penanaman sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron di Pahang.
2.
Tanah Pamah
1. Perindustrian
2. Pertanian
3. Jaringan Pengangkutan
1. Pasir Gudang, Shah Alam.
2. Penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.
3. Lebuh Raya Utara-Selatan.
3.
Sungai
1. Perikanan
2. Jalan perhubungan
3. Sumber pengairan
1. Penternakan ikan di sungai Pahang.
2. Sungai Rajang di Sarawak.
3. Sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi tanaman padi.
4.
Pinggir Laut dan Pulau
1. Perikanan
2. Pelancongan
3. Pelabuhan
1. Selat Melaka, Laut China Selatan.
2. Pulau Sipadan di Sabah.
3. Pelabuhan Klang di Selangor.

Contoh-contoh teka silang kata:
Melengkap silang kata ini dengan merujuk maklumat yang diberikan di bawah.





1   


2   










3   









4   















5   









6   





















7   































8   





























































9   




































































Menegak:
1. Aliran air semula jadi.
2. Barisan gunung yang memanjang.
4. Kegiatan _______merupakan sumber pendapatan kepada nelayan.
6. Stesen jana kuasa _______ dibina di kawasan tanah tinggi.
8. Tanah yang rata ialah tanah _______.

Mendatar:
3. Titik tertinggi pada sesebuah bukit atau gunung.
5. Kawasan tanah tinggi yang lebih daripada 300 meter tingginya.
7. Kawasan tanah tinggi yang rendah daripada 300 meter tingginya.
8. Kegiatan ekonomi yang mengutamakan keindahan alam semula jadi.
9. Kawasan perairan yang dikelilingi oleh daratan.

Jawapan:
1. Sungai
2. Banjaran
3. Puncak
4. Perikanan
5. Gunung
6. Hidroelektrik
7. Bukit
8. Pamah (menegak), pelancongan (mendatar)
9. Tasik



RUJUKAN

1.      Atan Long (1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: penerbit fajar bakti

2.      Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: utusan
          publications & distributors sdn. Bhd

3.      Isahak Haron & Koh Boh Boon (1992), Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi,Kuala Lumpur: utusan publications & distributors sdn.bhd

4.      Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Kuala Lumpur: Heinemann educational books (Asia) Ltd

5.      Jauhara Hj. Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif DalamPendidikan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

6.      V. Pang, Y.K. Yap & Y.M Tam (1992), Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan, Selangor: Longman malaysia sdn. Bhd

7.      G.S Rao, A.K. Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail (1991), Pembelajaran
Berbantukan Komputer, Selangor: penerbit fajar bakti sdn. Bhd

8.      Robiah Sidin & Hassan Langgulung (1980), Ke Arah Pembentukan Guru-Guru Yang Kreatif

9.      Juriah bt. Abdul Hamid, Pengenalan Pegajian Sosial, Open University, Kuala Lumpur, 2007.